Teacher's Day Message 2020

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
“SELAMAT HARI GURU”
kepada semua guru-guru di Malaysia,

Yang sedang mengajar dan belajar teknik-teknik baru semasa pandemik ini,
Yang terpaksa berada di rumah dan tidak di sekolah dengan murid-murid yang disayangi dan dirindui,
Yang telah bersara tetapi masih diingati dan disanjung tinggi,
Yang sedang menjalani latihan di Maktab Perguruan untuk menjadi guru-guru masa depan.

Guru-guru, kamu memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan anak-anak kami. Kamu mencurahkan kasih sayang, mengorbankan masa dan tenaga, menambah bukan sahaja pegetahuan tetapi membentuk akhlak generasi muda untuk menadi warganegara yang berdisiplin, bermoral dan berbelas kasihan.

Saya juga mahu menggesa anak-anak muda kita untuk menyahut panggilan untuk menjadi seorang guru. Adakah kamu berani untuk menjadi seorang pendidik, pembimbing dan pewira kepada anak-anak kita?

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU!


Copyright © 1955 - 2020 l Metropolitan Archdiocese of Kuala Lumpur l All Rights Reserved