Rakyat has spoken, Syabas

English

The Malaysian Bishops’ Conference have asked the people
to pray for peace and reconciliation in their Post-General Election 14 message.

Rakyat has spoken, Syabas

 

Dear People of God,

We have exercised our democratic right and duty to cast our vote on May 9, 2018.

The Rakyat has spoken. History has been created against all odds. Malaysia has the golden opportunity now to press the “Reset” button. The future is in the hands of the Rakyat.

We, the Malaysian Catholic Bishops, would like to give Praise and Thanks to God for a relatively peaceful GE14 without much incidents. We are grateful and thankful for a matured electorate which has come of age. To all the Election Commission officials, the Polling and Counting Agents (PACAs), the thousands of volunteers and responsible citizens assisting in the background, “Syabas” for an almost incident-free Election.

This was possible because many came out of their ‘comfort zones’ to sacrifice and toil much to make a better Malaysia where freedom and justice are ensured to all. Everyone is enabled to live in peace and harmony without suspicion of one another as fellow citizens — a New Malaysia has emerged! Many people have expressed sentiments of joy in being Malaysian first. This is indeed God’s grace given freely to all!

This was also manifested during the course of this Election. We have witnessed Humility and the seeking of Forgiveness for past mistakes. We have seen Reconciliation offered and received; observed Graciousness in defeat; a love for Peace and Harmony for this country. Let us put into practice more and more the values of the Gospel.

“As long as we love one another, God will live in us and His love will be complete in us.” (I John 4:12)
We all need to continue to pray for Malaysia. We must pray for Healing and Unity among all of us including the Church.

Let the Church also press the “Reset” button and be a Malaysian Church. It is time for us to walk the talk and move away from language divided churches and live this unity in reality. Let us be inclusive. Let us be creative. Let us be bridge builders. Let us build a Malaysian church for a Malaysian Malaysia.

We want to pray for Blessings and Prosperity for all Malaysians.

We would like to propose a time of Prayer and Thanksgiving for our beloved nation during any of these nine days of Novena before Pentecost between May 12-20 or any other suitable day in May, the month of Our Mother Mary. Possibilities are:
• A Mass of Thanksgiving be offered
• A Holy Hour of Adoration and Prayer
• A prayer intention for ‘Peace in our country Malaysia’ during the community/ family rosary prayers
• A personal commitment to be an instrument of Peace & Unity

May the love of God and the love for this Nation, keep us Malaysians united in Love. “God is Love and whoever lives in Love, lives in God, and God lives in him.” (1 John 4:16)

Signed by

+ Most Reverend Julian Leow, Archbishop of Kuala Lumpur
+ Most Reverend Simon Poh, Archbishop of Kuching
+ Most Reverend John Wong, Archbishop of Kota Kinabalu
+ Rt. Reverend Bernard Paul, Bishop of Malacca-Johore
+ Rt. Reverend Cornelius Piong, Bishop of Keningau
+ Rt. Reverend Sebastian Francis, Bishop of Penang
+ Rt. Reverend Julius Dusin Gitom, Bishop of Sandakan
+ Rt. Reverend Joseph Hii, Bishop of Sibu
+ Rt. Reverend Richard Ng, Bishop of Miri

Bahasa Malaysia

Konferensi Uskup-uskup Malaysia meminta umat beriman untuk
berdoa bagi keamanan dan perdamaian dalam pesan pasca Pilihan Raya ke-14

Rakyat telah bersuara. Syabas

 

Saudara-saudari umat Tuhan,

Kita telah menunaikan hak demokratik dan tanggungjawab kita untuk membuang undi pada 9 Mei, 2018.

Rakyat telah bersuara. Sejarah telah tercipta di tengah-tengah pelbagai kesukaran dan kemustahilan.
Malaysia kini mempunyai peluang keemasan untuk menekan butang “Tetapan Semula” (Reset). Masa hadapan adalah di dalam tangan Rakyat.

Kami, Uskup-uskup Katolik Malaysia, ingin menyampaikan Puji dan Syukur kepada Tuhan di atas pelaksanaan PRU-14 yang aman serta lancar. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pengundi yang layak di mana telah mencapai usia matang. Kepada semua pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, para Agen Mengira Undi dan Agen Tempat Mengundi (PACA), dan ribuan sukarelawan dan rakyat yang berusaha di belakang tabir, “Syabas” di atas perjalanan Pilihan Raya yang hampir bebas dari sebarang insiden tidak diingini.

Ini tidak mustahil kerana ramai yang telah keluar dari 'zon selesa' mereka untuk berkorban dan bekerja keras demi menjadikan Malaysia yang lebih baik, di mana kebebasan dan keadilan adalah dijamin untuk semua orang. Setiap orang boleh hidup aman dan harmoni tanpa syak wasangka terhadap sesama sebagai rakan rakyat — sebuah Malaysia baru telah lahir!

Ramai orang telah menyatakan sentimen kegembiraan menjadi rakyat Malaysia buat pertama kali. Ini sesungguhnya rahmat Tuhan yang diberikan percuma buat semua!

Ini juga jelas kelihatan semasa perjalanan Pilihan Raya. Kita telah menyaksikan Kerendahan Hati dan memohon Pengampunan di atas pelbagai kesilapan lampau. Kita telah melihat Perdamaian yang dihulurkan dan diterima; memerhatikan Kesopanan menerima kekalahan; sebuah kasih demi Keamanan dan Harmoni untuk negara ini. Marilah kita lebih dan lebih lagi dalam mempraktikkan nilai-nilai Injil.

“Jika kita saling mengasihi, Tuhan hidup bersatu dengan kita, dan kasih-Nya disempurnan dalam diri kita” (1 Yoh 4: 12).

Kita semua perlu untuk terus berdoa bagi Malaysia. Kita harus berdoa untuk Penyembuhan dan Kesatuan di antara kita di kalangan kita semua termasuk Gereja

Semoga Gereja juga menekan butang “Reset” dan menjadi sebuah Gereja Malaysia. Inilah masanya bagi kita untuk mempraktikan apa yang dikatakan selama ini dan menjauhi sebarang Bahasa yang membahagikan gereja dan menghidupi kesatuan ini menjadi realiti. Marilah kita menjadi pembina jambatan. Mari membangun sebuah gereja Malaysia untuk rakyat Malaysia. Kita mahu berdoa untuk Berkat dan Kemakmuran bagi semua rakyat Malaysia.

Kami ingin mencadangkan masa untuk Berdoa dan Bersyukur untuk negara tercinta pada atau mana-mana masa Sembilan Hari Novena sebelum Pentakosta antara tarikh 12 -20 Mei atau pada hari yang sesuai pada bulan Mei, sempena bulan Maria, Bonda Kita. Cadangan-cadangan untuk dipertimbangkan seperti berikut:
Semoga cinta kasih Tuhan dan cinta kepada Negara ini, menopang kesatuan kita rakyat Malaysia dalam Cinta.
• Mengadakan Misa Kesyukuran
• Mengadakan Saat Teduh Adorasi dan Berdoa
• Berdoa intensi untuk ‘Keamanan dalam negara kita Malaysia’ semasa doa rosario komuniti/ keluarga.
• Komitmen peribadi untuk menjadi instrumen Keamanan dan Kesatuan

“Tuhan itu Kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi orang lain, hidup bersatu dengan Tuhan dan Tuhan hidup bersatu dengan dia ( 1 Yoh 4:16).

 

Di tanda tangani oleh sembilan Uskup Malaysia

Tarikh: 12 Mei, 2018

+ Uskup Agung Julian Leow, Kuala Lumpur
+ Uskup Agung Simon Poh, Kuching
+ Uskup Agung John Wong, Kota Kinabalu
+ Uskup Bernard Paul, Melaka-Johor
+ Uskup Cornelius Piong, Keningau
+ Uskup Sebastian Francis, Pulau Pinang
+ Uskup Julius Dusin Gitom, Sandakan
+ Uskup Joseph Hii, Sibu
+ Uskup Richard Ng, Miri